Akaun alislahmy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Mari Bersama Membantu

Dalam era pandemik ini kebanyakkan perkara telah dilakukan secara dalam talian. Untuk mengikuti perkembangan semasa, kami telah come up with a new idea which is tahfiz dalam talian, dimana pengajian Al-Quran dibuat di atas talian. Dinamakan sebagai Tahfiz i-Huffaz, kami ingin memudahkan urusan mereka yang ingin mempelajari Al-Quran tanpa perlu hadir ke kelas.

Walau bagaimanapun, kos untuk menjalankan pengajian ini masih belum mencukupi. Selain itu, kami juga masih mencari pelajar dan pengajar untuk menyertai pengajian Al-Quran atas talian ini.

Menggunakan pengajian secara atas talian, modul pengajian yang akan digunakan adalah: holistik islamiyyah, intensif akademik dan program insaniah. Memfokuskan pelajaran akademik dan juga Islamik untuk melahirkan pelajar dan muslim yang terbaik.

Al-Quran ini adalah tali Allah (cahaya yang menjadi petunjuk), cahaya yang terang dan ubat yang mujarab, pengawal bagi orang yang berpegang dengannya, penyelamat bagi orang yang mengikutinya, sesiapa yang tersesat akan dipandunya, sesiapa yang menyimpang akan dibetulkan, keajaibannya tiada henti, keagungan dan kemanisan bacaannya tidak akan terjejas walau sekerap mana sekalipun diulang.