Akaun alislahmy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Infaq Telaga di Hari Jumaat Sempena Bulan Kelahiran Rasulullah


Hari Jumaat dipanggil sebagai sayyidul ayyam atau penghulu segala hari kerana hari tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.


Telaga adalah salah satu sumber air, jadi matlamat projek ini adalah untuk memberi kemudahan air di kawasan yang kekurangan air.


Dana akan dikutip untuk membantu umat Islam di Kemboja, Vietnam dan kawasan-kawasan pelarian Rohingya.



Ini adalah kerana mereka memerlukan bekalan air yang bersih untuk menjaga kebersihan diri.


Jika kita membantu umat Islam yang memerlukan berlipat kali ganda pahala yang akan kita peroleh.



Gambar yang menunjukan proses penggalian telaga.


Kami menyasarkan sebanyak 100 buah telaga untuk dibina di kawasan-kawasan yang kekurangan air supaya umat Islam di sana boleh mendapatkan bekalan air bersih.


Gambar yang menunjukkan proses pembinaan sesebuah telaga.


Jumlah yang diperlukan untuk membina 100 buah telaga adalah RM250,000 kerana komponen yang akan digunakan untuk membina telaga adalah daripada bahan yang berkualiti tinggi. 



Contoh telaga yang telah siap dibina.


Menggunakan pump yang bermutu tinggi dan sedalam 250 meter supaya air boleh bertahan lama dan tidak cepat kering.


Jika dana yang terkumpul tidak mencukupi, maka terpaksalah mereka berjalan jauh hanya untuk mendapatkan bekalan air yang bersih kerana sumber air terdekat terletak jauh. Marilah kita bersama-sama membantu mereka agar mereka tidak lagi perlu berjalan jauh untuk mendapatkan sumber air.






Antara penduduk di kawasan ini.


Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu detik apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat. (Riwayat Ibnu Majah)


Jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM 56,970



Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan kejayaan projek ini:







Sesungguhnya dalam tujuh hari itu, tidak ada yang lebih mulia selain hari Jumaat kerana banyak kelebihan yang terkandung dalamnya. Sebab itu, Hari Jumaat dijadikan sebagai hari pelepasan bagi umat Islam.


Pakej-pakej yang disediakan adalah seperti berikut:
  • Pakej A RM250 (1 Bahagian)
  • Pakej B RM2500 (10 Bahagian)
  • Pakej C RM3000 (10 Bahagian + 10 Naskah Al-Quran)
  • Pakej Umum RM30 Seikhlas Hati

Amaun yang terkumpul adalah termasuk kos pengurusan.