Wakaf Telaga Sempena Maulidurrasul
Tiga perkara yang akan membuatkan seseorang itu merasai kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Telaga adalah salah satu sumber air, jadi matlamat projek ini adalah untuk memberi kemudahan air di kawasan yang kekurangan air.
Dana akan dikutip untuk membantu umat Islam di Kemboja, Vietnam dan kawasan-kawasan pelarian Rohingya.
Ini adalah kerana mereka memerlukan bekalan air yang bersih untuk menjaga kebersihan diri.
Jika kita membantu umat Islam yang memerlukan berlipat kali ganda pahala yang akan kita peroleh.
Gambar yang menunjukan proses penggalian telaga.
Kami menyasarkan sebanyak 100 buah telaga untuk dibina di kawasan-kawasan yang kekurangan air supaya umat Islam di sana boleh mendapatkan bekalan air bersih.
Gambar yang menunjukkan proses pembinaan sesebuah telaga.
Jumlah yang diperlukan untuk membina 100 buah telaga adalah RM250,000 kerana komponen yang akan digunakan untuk membina telaga adalah daripada bahan yang berkualiti tinggi.
Contoh telaga yang telah siap dibina.
Menggunakan pump yang bermutu tinggi dan sedalam 250 meter supaya air boleh bertahan lama dan tidak cepat kering.



Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku (Rasulullah) menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya.
Jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM 56,970
Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan kejayaan projek ini:




- Pakej A RM250 (1 Bahagian)
- Pakej B RM2500 (10 Bahagian)
- Pakej C RM3000 (10 Bahagian + 10 Naskah Al-Quran)
- Pakej Umum RM30 Seikhlas Hati