Wakaf Telaga Waktu Subuh Di Bulan Kelahiran Rasulullah
Bersedekah pada waktu Subuh mendapat ganjaran yang besar iaitu doa malaikat kerana kita telah menggunakan harta untuk berinfak terlebih dahulu sebelum digunakan untuk perbelanjaan harian yang lain.
Telaga adalah salah satu sumber air, jadi matlamat projek ini adalah untuk memberi kemudahan air di kawasan yang kekurangan air.
Dana akan dikutip untuk membantu umat Islam di Kemboja, Vietnam dan kawasan-kawasan pelarian Rohingya.
Ini adalah kerana mereka memerlukan bekalan air yang bersih untuk menjaga kebersihan diri.
Jika kita membantu umat Islam yang memerlukan berlipat kali ganda pahala yang akan kita peroleh.
Gambar yang menunjukan proses penggalian telaga.
Kami menyasarkan sebanyak 100 buah telaga untuk dibina di kawasan-kawasan yang kekurangan air supaya umat Islam di sana boleh mendapatkan bekalan air bersih.
Gambar yang menunjukkan proses pembinaan sesebuah telaga.
Jumlah yang diperlukan untuk membina 100 buah telaga adalah RM250,000 kerana komponen yang akan digunakan untuk membina telaga adalah daripada bahan yang berkualiti tinggi.
Contoh telaga yang telah siap dibina.
Menggunakan pump yang bermutu tinggi dan sedalam 250 meter supaya air boleh bertahan lama dan tidak cepat kering.



Tidak ada satu Subuh pun yang dialami hamba-hamba ALLAH kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya ALLAH, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya ALLAH, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)." (Riwayat al-Bukhari)
Jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM 56,970
Berikut adalah gambar-gambar yang menunjukkan kejayaan projek ini:




Dalam jangka waktu Subuh hingga selesai waktu dhuha adalah waktu yang terbaik untuk kita bersedekah.
- Pakej A RM250 (1 Bahagian)
- Pakej B RM2500 (10 Bahagian)
- Pakej C RM3000 (10 Bahagian + 10 Naskah Al-Quran)
- Pakej Umum RM30 Seikhlas Hati