Akaun alislahmy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Mulakan Hari Anda Dengan Bersedekah Di Waktu Subuh Bulan Kelahiran Rasulullah



Dalam jangka waktu Subuh hingga selesai waktu dhuha adalah waktu yang terbaik untuk kita bersedekah.


Terdapat ramai umat Islam di pedalaman Borneo tidak dapat belajar Al-Quran kerana tidak mampu dan juga jauh dengan yang lain. 



Jadi, sebagai salah satu insan yang bertanggungjawab marilah kita membantu mereka mengumpulkan dana untuk memberi Al-Quran kepada yang memerlukan.





Al-Quran yang akan diberikan kepada mereka adalah Al-Quran yang lengkap dengan tafsir jadi mereka juga boleh membaca maksud ayat Al-Quran tersebut dan ianya juga lengkap dengan tajwid serta berwarna. 



Selain daripada Al-Quran pihak kami juga akan mengajarkan Al-Quran kepada mereka selama 3 bulan di sana.


Mereka memerlukan tenaga pengajar yang mampu mengajarkan mereka Al-Quran kerana setelah mereka memeluk Islam.


Oleh kerana itu, kami akan menyalurkan pengajar yang akan mengajarkan mereka Al-Quran selama 3 bulan.



Antara individu yang memberi sokongan terhadap projek ini:









Syarikat kami juga telah mendapatkan sokongan penuh daripada mufti Sabah dan syarikat kami juga boleh mendapatkan sokongan daripada media dan rakan artis.



Al-Quran yang akan diberikan juga adalah Al-Quran yang tinggi kualitinya dan dilengkapi dengan tafsir.


Kami menyasarkan sebanyak 10,000 naskah Al-Quran iaitu sejumlah RM2 juta akan diperlukan untuk menjayakan projek ini.



Mengajar dan belajar Al-Quran itu adalah kewajipan untuk semua Muslim, jika kita mempunyai kelebihan untuk mengajarkan Al-Quran kepada insan-insan yang memerlukan maka berlipat kali gandalah ganjaran yang akan diberikan.


Apatah lagi jika anda menginfaqkan Al-Quran kepada yang memerlukan setiap huruf yang mereka baca adalah satu ganjaran buat anda dan mereka juga sudah pastinya akan mendoakan anda kerana telah memberi mereka peluang untuk mempunyai dan belajar Al-Quran.




Tidak ada satu Subuh pun yang dialami hamba-hamba ALLAH kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya ALLAH, berilah ganti bagi orang yang berinfak”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya ALLAH, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)." (Riwayat al-Bukhari)

Jumlah yang terkumpul setakat ini ialah RM 15,640




Apalah nasib insan-insan ini jika projek ini tidak dapat dijayakan, sesungguhnya mereka sangat memerlukan pembelajaran Al-Quran dan mereka juga tidak mampu untuk mendapatkannya jika kita tidak membantu mereka.


UNTUK MEMUDAHKAN TUAN/PUAN BERINFAQ, KAMI TELAH SEDIAKAN PAKEJ-PAKEJ BERIKUT MENGIKUT KEMAMPUAN:

  • Pakej Al Makki RM200 | Senaskah Al-Quran (4 Penama)
  • Pakej Till Jannah RM100 | (2 Penama)
  • Pakej Syurgawi RM50 | (1 penama)
  • Pakej Baiti Usrati RM20 | Seikhlas Hati


Amaun yang terkumpul adalah termasuk kos pengurusan.